Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidurasul.

Apa khabar semua.  Semoga Semua baik2 adanya.  Lama betul saya tidah menulis di sini.  Sejak kebelakangan ini saya amat sibuk.  Sejak mengadakan kelas on9 saya,  banyak benda yang nak di fikirkan.  Namun jauh di sudut hati saya memang teringat pada kawan2 yang pernah singgah di blog ini.

Dulu saya adalah seorang suri rumah yang hanya mempunyai rutin harian yang sama setiap hari.  Bangun pagi buat sarapan.  Kemas rumah.  Basuh baju.  Masak untuk makan tengahari.  Buat juadah untuk  minum petang.  Panaskan lauk untuk makan malam.  Lipat baju.  Dan akhir sekali pasti kan semua teratur dan tidur untuk memula kan rutin yang sama keesokkan harinya tanpa rasa jemu dan mengeluh.

Sehinggalah saya menceburi bidang perniagaan ini.  Yang menuntuk pengorbanan masa saya.  Bangun pagi.  Perkara petama yang saya buat.  Bersenam sedikit sekadar ringkas.  ON kan laptop saya.  Buka platform saya. Dan melihat sekali lalu arah pasaran di M1.  Selepas itu baru masuk bilik air untuk menyuci diri dan bersolat subuh.  Selepas buat kan teh untuk suami dan anak2.  Kembali ke depan laptop dan mula meneliti dengan lebih sempurna akan arah pasaran tersebut.  Dan melihat-lihat facebook group saya kot ada yang perlu di balas.  Menyemak email kot ada yang daftar student baru.  Menyemak maybank2u kot ada yang bank in yuran.

Selepas semua selesai.  Pukul 9am baru masukkan baju dalam mesin.  Kembali ke depan laptop.  Mula trading sepenuhnya.  Tiada aktiviti ke pasar membeli ikan.  Tiada lagi aktiviti menerjah ke rumah jiran untuk mencari gossip.  Tiada lagi aktiviti melangut depan tv melihat citra indonesia.  Tiada lagi semua itu.  Segalanya berubah.

Namun saya rasa puas.  Rasa bangga dengan pencapaian diri.  Rasa bersyukur.
Dan saya tahu ramai kawan2 di luar sana yang sebaya saya pun akan mampu lakukan seperti saya.  Cuma tiada pendedahan saja.  So ayuh lah yang berminat.  Hubungi saya jika ingin mencapai apa yang dah saya lalui..

Hanya di sini dulu.  Ada masa kita jmpa lagi.  Salam untuk semua.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment