Sunday, May 29, 2011

DATARAN MERDEKA PARIT BUNTAR PERAK.

Malam pegi Dataran Merdeka Parit Buntar Perak. Saja ambik angin dok relax kat tepi sungai Krian. Relax2 kan diri sesudah penat keje sepanjang hari. Kadang kita kena juga bagi masa untuk tenang2kan minda. Tempat pun menarik. Sambil ambik angin boleh cari2 idea baru untuk bisnes. Otak tenang baru dapat pikir dgn mantap.
Ramai juga orang yang pegi ke situ. Saya jarang singgah tapi malam ni teasa nak jengok ke situ pulak. Sungai yang luas dan tenang. Angin sejuk menikam kalbu. Benar2 tenang kan jiwa. 

JOGGING LAGI PAGI AHAD NI.

Jam 0630 pagi dah sampai kat track jogging. Awal sangat. Pagi ni hubby tak ikut then saya jogging dengan anak sedara saya je. Pagi ni mampu berjalan 10 pusingan track dan berlari 5 pusingan di track yang lebih kecik di sebelah track besar. Alhamdulillah semakin lama semakin dapat tambah jumlah pusingan. Pagi ni tak jumpa pulak dengan kucing oren yang semalam. Seronok jugak kuar kan peloh. Seharian ngadap laptop je maka hujung minggu kena cuci mata. Pagi ni hubby ada latihan "Petanqeu" so dia tak ikut saya berjogging. 


Saturday, May 28, 2011

RIADAH PAGI SABTU 28/05/2011

Track jogging saya pagi ni di Ampang Jajar Transkrian Nibong Tebal. Seawal 0630 am saya dan hubby dah sampai di situ dan kami sama2 jogging. Insyallah smoga akan menjadi akticiti yang konsisten di setiap hujung minggu. Ramai juga yang sama2 beriadah di situ, ada juga sorang Uncle ni yang sakit pun datang di temani anak nya untuk memulihkan diri nya. Bersemangat sungguh Uncle ni menghabis kan satu pusingan track untuk menguat kan oto kakinya. Syabas dan saya suka melihat kegigihan nya sambil di pimpin oleh anaknya.
Bagus jugak bila kita dapat berjogging mcm ni dan terasa segar selepas menghabiskan 10 pusingan. Rasanya jika asyik mengadap laptop setiah hari pun terasa lengoh2 juga, bila dapat lepas kan semua tekanan di sini rasa lega. Udara awal pagi pun segar. Bersebelahan dgn track tersebit ada sungai yang boleh menyalur kan angin sepoi2 bahasa. Nyaman sekali. Jom esok pagi minggu kita ke sana lagi.




Friday, May 27, 2011

KALAU TAK MINAT BELAJAR

Semalam saya teman hubby ke kedai bundle yang baru dibuka dekat dgn rumah saya. Hubby nak cari kasut bola bundle sbb katanya dah tua2 ni bukan nak main sangat pun hanya nak kuarkan peloh aje. So memadai lah beli kasut bundle aje. Sesampainya kami di depan pintu kedai tu, sorang anak muda 20an terus menyapa 'Masuk2 akak, tengok2lah baju ada kasut pun ada." Terasa dlm hati saya wah ramah juga tokey kedai ni. Cari punya cari tak de pulak yang hubby bekenan so kami beli aje baju T 3 helai RM10 semasa nak bayar tu pembantu dia tegor saya "Makcik, Aiman dok buat pe la ni?" wah pembantu nya kenal pulak saya, rupa2nya kawan anak bungsu saya. Saya pun gitau lah Si Aiman sekarang ni tenagh belajar reper motor. Dah tak minat nak sambung belajar setelah tamat SPM. So tokey kedai tu menyampok,"Tak apalah asal mau belajar kemahiran mcm saya ni mmg tak minat belajar tapi sekarang dah boleh buka kedai sendiri" so ok lah ye kalau tak minat belajar pun janji mau tau ape2 kemahiran. Saya pun suka mcm tu hanya bila jadi tokey sendiri banyak lah keje dan hal2 yang kita kena bereskan. Kena lah keja kuat sikit.

Tuesday, May 24, 2011

GERAMNYA BERURUSNIAGA DGN INSAN YANG TAK CERDIK.

Ada juga yang hanya nak ambil kesempatan di atas diri kita. Kadang call kita dan tanya boleh tak bagi tip untuk tiu dan ini dan bila kita cakap kita hanya kongsi tip dgn student yang bayar yuran kat kita saja maka dia tak puasa hati. Kerana nak servis percuma maka dia cuba merendah2 kan kewibawaan kita dgn mengatakan kita hanya menipu dlm mengajar teknik2 untuk memorex. Tapi dia lupa yang dia ber sms ni adalah sorang mak cik yang berusia 45 dan dah masak dgn sikap budak hingusan yang hanya servis percuma dan tak mau bayar yuran untuk attend kelas forex.  Maka apa yang dia dapat hanya lah satu urusniaga yang di akhiri dgn seribu sesalan. Selepas ni kalau dia sms lagi jgn harap kita akan layan. Tak dapat student mcm ni pun tak ape dari terpaksa melayan karenah yang tah apa2 tu.

Sunday, May 22, 2011


Pagi ahad 22/05/2011 saya temankan hubby berlatih petanqeu di tempat keje hubby.  Ye lah kan, isnin hingga jumaat trading forex n guide student forex sampai tak ingat alam sekeliling, so sabtu ahad adalah masa untuk santai2 dengan hubby dan family.  Samping tu kuarkan peluh gak.
Seronok jugak main petanqeu ni.  Boleh lah minggu depan cuba main lagi.  Bila dah tua2 ni memang lah dah tak bape larat nak lari so sukan petanqeu ni sesuai lah untuk saya.  Apa2 pun asalkan hubby pun suka, ok lah tu.  Kena lah bagi2 kan masa juga untuk beriadah bersama2. So kehidupan pun menjadi ceria lah.  Sekarang saya lebih suka memberi ruang masa bersama2 hubby.  Dan tq sgt2 pada dia kerana memahami minat saya dlm forex.  Dan begitu juga saya pun mmg ambil perhatian ke atas minatnye.

Tuesday, May 3, 2011

HIDUP KENA DI TERUSKAN JUGA

Walau apa pun yang terjadi dalam diri saya sebelum ini, hidup sya kena di teruskan juga.  Namun Alhamdulillah setakat ini segala permasalahan yang timbul dapat di atasi dengan jaya nya.  Apa saja yang di impi dan di cita kan akhirnya dapat juga di genggam.  Walau pun yang di genggam masih tak seberapa.  Dan saya mula mempelajari rentak kehidupan dengan lebih dalam.
Siapa yang kita boleh harapkan dan siapa yang kita jangan contact bila berada di dalam kesesakkan.

Monday, May 2, 2011

01/05/2011 HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN SAYA

Sedar tak sedar dah 20 tahun saya melayari bahtera perkahwinan saya bersama suami tersayang.  sampai hari ini saya bersyukur di kurniakan seorang suami yang amat memahami karier saya dan juga dua orang anak teruna saya yang juga amat menyayangi saya.
20 tahun hidup berumahtangga dan terasa begitu cepat.  Kerana saya amat sibuk dengan segala sesuatu tugas dan tanggungjawab yang saya sendiri amat selesa melaku kan.
tahun ini saya sambut hari ulang tahun di Melaka.  Seronok betul lah.  Dan saya sekarang sedang mengisi ruang waktu untuk memajukan diri menjadi lebih baik dari semalam.  Alhamdulillah.  Semuanye berjalan lancar.

Kepada suami tercinta:  Terima kasih di atas kasih sayang dan kepercayaan juga kesetiaan.
Kepada anak2 tersayang:  Terima kasih juga di atas kasih sayang dan apa juga yang kita hadapi adalah semata-mata untuk menuju ke arah kecermelangan.

Semoga selepas ini kita sekeluarga akan sentiasa berada di dalam keadaan yang amat selesa.  Namun jangan lupa pada Allah dan berdoa lah setiap hari. 

KELAS FOREX DI MELAKA LANCAR

Alhamdulillah kelas tutorial di Melaka pada 29/04/2011 lancar seperti yang di rancang.  Bertempat di Meeting room Sunflower Hotel melaka.  Mula pada jam 0800 malam dan berakhir pada jam 1200 malam.  Semua student yang hadir amat bekerjasama dan dapat mengikuti pembelajaran dengan baik.  Segala yang masih kurang jelas sudah di perjelaskan.  Dan semua balik dengan senyum gembira untuk mengutip pip dengan sempurna pada Isnin.


Dan saya amat bangga bila berada bersama2 student dan dapat berkongsi semua ilmu yang ada tanpa berselindung sedikit pun pada semua student2.  Kegigihan dan kesungguhan semua amat saya rasai.  Saya yakin semua akan dapat manfaat dari kelas yang berlangsung selama 4 jam itu.


Kepada bakal2 student yang berminat...tunggu di sana kerana saya akan kembali lagi ke sana pada waktu jangkamasa yang lain.
Berjumpa pula kita di sana.