Friday, April 15, 2011

RAMAI KAWAN MAKA BANYAK LAH PENGETAHUAN

Saya berkenalan dengan sorang lagi super trader dari Selangor.  Kak Su.  Suka bersembang dengannya melalui on9 fb.  Macam-macam perkara yang boleh di kongsi bersama.  Kak Su yang ak lokek ilmu.  Begitu lah lumrah hidup.  Bila kita berbuat baik dengan sesama insan.  Maka Allah akan izinkan orang lain pulak berbuat baik dgn kita.


Kak Su yang peramah dan yang banyak ilmu forexnye.  Syabas.  Kejayaan Kak Su amat saya kagumi.
Insyallah suatu hari nanti saya akan cuba cari satu jam yang sesuai untuk berjumpa dgn Kak Su.  Bila berdepan tentu lagi banyak yang dapat di kongsi bersama.


Walau apa pun saya rasa bertuah kerana di beri peluang mengenali Kak Su.
Tq Kak Su.

Thursday, April 14, 2011

KITARAN MANUSIA YANG CEPAT BERUBAH

Boleh berubah atas niat dan kemahuan.  Berubah untuk lebih baik dan meletakkan keikhlasan di tempat yang paling tinggi.  Ikhlas untuk mencapai kejayaan, Allah suka dan sayang.  Mengadu pada Allah.  Saya kini sudah merasa sedikit perubahan.  Syukur ke hadrat Illahi.  


Bukan susah untuk berubah.  Pertama apabila kita berada di dalam keperitan.  Mengadulah pada Allah.  Selepas itu kita perbanyakkan zikir.  Setiap saat ingat pada NYA.  Imbau kembali apa pekerjaan yang kita lakukan yang menyimpang jalan.  Perlahan-lahan belok ke jalan yang benar.  Memang sukar untuk kembali kepada yang azali.  Namun tekad yang ada akan mengubah segalanya.  Insyallah.


Ketenangan semasa mengadap Allah amat berharga dan hanya akan dirasai bila kita benar-benar sujud dan menyerah diri pada kekuasaan Allah.  DIA yang tahu apa yang terbaik untuk kita.  Namun jangan beserah saja.  Harus lah berusaha untuk berubah.


Nah sekarang saya amat berterimakasih kepada orang-orang yang berada dekat dengan saya.  Yang tidak jemu-jemu menyokong saya dari sisi.  Terimakasih juga kepada semua student-student forex saya.  Yang sudi bersama-sama saya dalam team yang serba serbi kekurangan...hanya yang ada teknik yang begitu santai.

Friday, April 8, 2011

SESSI TUTORIAL DI MELAKA

Assalamualaikum semua.
Berita baik untuk orang di Melaka yang berminat untuk menimba ilmu forex dengan teknik Forextigapuluh...Santai trading tanpa tekanan.
Kak Aishah bersama Sifu Syukri dan Ameer akan berada di Melaka pada 29/04/2011 dari jam 0800 malam hingga 12 malam bertempat di Meetingroom Hotel Sunflower Melaka.

Sesiapa yang berada di Melaka atau Muar Johor boleh lah bersama2 Kak Aishah pada hari itu.
Jika berminat untuk mendaftar di kelas tersebut sila layari www.forextigapuluh.com dan klik pada ruangan DAFTAR.  Ikut arahan di situ.

Untuk sessi selama 4 jam tersebut Kak Aishah dan team Fx30 akak pasti kan semua student mendapat serta memahami ilmu Fx30 dengan baik.  Selama itu jugak student boleh bertanya apa saja yang kurang jelas tentang forex.

Yuran adalah RM550 sahaja seumur hidup.
Daftar lah sekarang.

Wassalam.

Wednesday, April 6, 2011

ALLAH TAHU APE YANG TERBAIK UNTUK KITA

Seketika semasa saya benar2 berada dalam kesesakkan maka saya tak sudah2 sujud pada Allah dan memohon Allah buka kan pintu idea untuk saya mencari ilham untuk melonggarkan kesesakkan saya.  Saya sujud sambil menangis mohon Allah ringankan bebanan tanggungan masalah saya.  Saya sujud dan sujud lagi...selepas itu mmg saya rasa lega dan ada idea2 baru muncul bagai di cipta2.  Saya sujud kesyukuran pula pada Allah.


Dan saya benar2 merasai kasih sayang Allah terhadap hambaNYA tiada bandingan jika kita sering meminta pada NYA.  Untuk hari2 seterusnye saya lalui dgn penoh doa dan saya tunaikan kewajipan dgn daya yang saya ada.  Walaupun masalah sudah kian selesai saya masih lagi sujud pada Allah di tengah mlm sunyi dan masih lagi sujud syukur.


Saya mohon izin agar saya di permudahkan segala urusan...

Monday, April 4, 2011

ISNIN YANG MENYEMARAKKAN SEMANGAT

Assalamualaikum semua...
Isnin mmg di nnt kan untuk memulakan tugasan trading forex...santai trading tanpa tekanan.  Hari ni saya suka2 luangkan masa berchating dgn kwn sekampung dulu yang kini masing2 dah tinggal menetap di tempat lain.  Kwn semasa sekolah rendah dulu dan sama2 bermain pondok2 dulu semasa di kampung.


Siti Mariam nama nye...sekarang berkerja satu tempat pula dgn huby saya.  Lama tak penah berpeluang berchating dgn nye...banyak pulak citer yang keluar.  Namun saya bangga dgn pencapaian hidup nye sekarang.  Ada kerjaya dan family yang lengkap.  Alhamdulillah.


Sememangnye kita mahu kan suasana keselesaan dalam kehidupan kita sementara menunggu hari tua.  Justru kita sering bersemangat untuk melaksana kan segalanye sesempurna yang boleh.  Apa saja idea2 yang baik kita utara kan.  Berkongsi apa saja yang boleh menguntungkan kepada semua kawan2 kita.  Saya suka buat perkara mcm tu.  Apa saja yang boleh membuatkan kehidupan kita berubah ke arah kebaikkan...yang tu akan saya share bersama2...cuma kwn2 di sekeliling saya kena ambil peluang terhadap idea2 saya.  


Walau pun saya tidak menyatakan yang idea saya ni sesuai untuk semua selera kwn2 saya...namun jika ade yang mahu kan satu perubahan dalam kehidupan...nah...datang lah temui saya atau jika mahu...layari web saya.   www.forextigapuluh.com


Sesungguhnye saya mahu kongsi kan kejayaan ini bersama2.
Hanya sampai di sini saja untuk hari ini semoga saya dapat manfaatkan ilmu yang saya ade ini kepada semua.


Ada rezeki kita akan berjumpa lagi.
Wassalam.

Saturday, April 2, 2011

BILA KENANGAN SILAM MENGHANTUI KALBU

Assalamualaikum...
Lain benar tajuk nye hari ni...tah kenapa hari2 cuti macam ni terkenang2 pulak kisah2 silam.  Kisah semasa alam persekolahan.  Indah sungguh waktu tu.  Tiada masalah yang perlu di fikirkan.  Kalau ada pun hanya lah masalah keje sekolah tak dapat siap je.  Lain pada tu tak de apa yang perlu di risau kan.


Pagi bangun awal dan pergi sekolah...bila tengahari balik sekolah rehat kejap dan bersiap pulak ke sekolah agama sampai kul enam petang.  Malam tengok2 keje sekolah sikit2...mana yang mampu di siapkan...siapkan...yg tak paham tunggu je pagi esok dan boleh refer kat buku kwn.  Pegi awal dan sempat copy...hehehe...


Alam sekolah rendah yg serba santai...tiada tekanan...namun sekarang ni...kanak2 sekolah dah ade mcm2 hal yang berlaku...tak mcm dulu2.  Zaman dah berubah.  


Sampai di sini dulu. 
Wassalam.

ALLAH YANG TIDAK PERNAH MELUPAI HAMBANYA

Assalamualaikum.  Ya Allah Ya Rahman.  Maha Suci Allah yang maha berkuasa dan mempunyai kebesaran dan kemuliaan.  Jika kita berada di dalam kesedihan dan penuh dengan pelbagai masalah ingat lah pada Allah dan mohon lah pada Allah.  Jangan sekali-kali mengeluh atau berdendam pada Allah.  Setiap apa yang Allah turun kan pada kita itu Allah tahu kita mampu mengendali kannya.  Allah tidak akan menulitkan hambaNYA. 


Saya telah lalui jalan yang penuh dgn kesulitan.  Pada mulanye saya memang paling sedih.  Namun saya yakin pada kebesaran Allah.  Dan saya yakin bahawa Allah akan makbulkan doa saya bilamana saya memohonnya dgn sepenuh hati dan sujud pada NYA dengan penuh keikhlasan dan merasa kan diri saya amat kerdil di sisi Allah.


Mohon sehinggalah menalirkan air mata dengan penuh keinsafan.  Saya akhirnye mendapat sedikit keselesaan.  Pada bulan pertama saya mengadakan kelas forex melalui on9 saya berjaya mendapat seramai 30org student.  Nah!  Maha besar kuasa Allah.  Saya mmg tidak menduga.  Namun saya penuh yakin pada Allah.  


Saya bersyukur dan tidak lupa mengerjakan solat sujud syukur dua rakaat.  Alhamdulillah.  Jiwa saya sekarang tenang di samping student2 saya pun dan dapat menimba ilmu dgn keikhlasan yang saya berikan sebagai guru yang mengajar.


Berkat ketekunan semua student2 saya berjaya.  Sehingga dari yang tiada langsung pengetahuan tentang forex namun dapat memperolehi keuntungan walau pun masih bertatih.  Saya amat bangga dengan ketekunan semua student saya.  


Syukur saya pada Allah yang maha kuasa.
Wassalam.