Tuesday, December 27, 2011

TAIPING WITH LUV

26hb Dic 2011. Pagi kuar sarapan dgn suami. Tanya dia nak sarapan di mana, dia kata nak sarapan kat Bukit Merah. Jam pun dah lewat dah, patut2 kena lunch bukan bfast. Kami makan kat  R n R Bukit Merah. Semasa makan nasik, otak dok tepikir2 dah langsung ke Bukit merah nih dekat dah dgn Taiping apa kata ajak saja suami langsung ke Taiping so dia kata ok. Teringat kat Kak Yah Mat Zain, senior semasa di Sek Men Vok Taiping dulu. Lama tak jumpa dia, kebetulan dia mmg dok di Taiping.




Kak Yah Mat Zain. Rindu sgt dan bila jumpa mmg banyak lah citer2 lama semasa di alam persekolahan dulu timbul. Kak Yah ade sorang je anak pompuan baru darjah satu n tahun depan darjah dua. 








Ni anak pompuan Kak Yah...nama nye Maya Dafiena. Suka betul dia dgn kucing. Macam kami sekeluarga jugak yg suka sgt kucing. 
Dah lama tak juma so sembang2 punya lah lama sampai lepas asar baru balik. Kak Yah: TQVM...lunch mmg sedap Kak Yah masak. Bila pulak nak jumpa tak tau lah.

Friday, December 23, 2011

MEMANG BOLEH UNTUNG...INSYALLAH.

Tak kira bape modal kita, besar or kecik...janji kita disiplin.






Kita tetap boleh kaut untung jugak.

Thursday, December 22, 2011

MONRODS KULIM

Pertama kali suami belanja makan kat sini.






Tempat menarik dan ade live muzik dan penyanyi sekali. Sesuai untuk santai2 tapi kalau untuk berbincang ape2 rasa tidak sesuai kot sbb muzik dan nyanyian kuat sgt so kalau nak sembang kena jerit lah pulak. Tapi kalau dok kat tingkat atas tu ok kot. Harga mmg biasa lah...tapi sedap.

Wednesday, December 21, 2011

MY SOHO (small office home office)

Ni la tempat kita cari rezeki sejak 2006 lagi...




Setiap hari trading forex dan follow up student dan jugak layan blog/fb...



SAPA BAGI NIH?

TQVM kepada Farhah Nina yang bagi kat Makcik Aishah perfume nih. Wangi betul  n makcik mmg suka. Wat susah2 je Nina bagi ye. Ape lah pulak yang Makcik nak bagi kat Nina. Pikir2 nih.







Sunday, December 18, 2011

CANTIK SANGAT





Tisu ni nak lap tangan pun terasa sayang...

TAHNIAH SAYANG





Sejambak bunga pembakar semangat untuk anak saudara sebelah suami, Athirah Md Basri yang dapat 5A dalam UPSR 2011. Tahniah Athirah...moga dapat melanjaut kan ke tingkatan satu di MRSM atau Sek Sains.


















Yang ni untuk Zarith Elisofea, anak sorang rakan dari Melaka. Tahniah kerana telah menamatkan tingkatan 5 di MRSM PDRM Kulim. Moga keputusan SPM yg bakal keluar dlm bulan Mac 2012 ni akan berpihak pada Eli. 

Saturday, December 3, 2011

HATI YG TAK PATUT DI LUKAI.

Sejak mencebirkan diri dlm bidang trading forex ni saya di bantu oleh dua anak teruna yg begitu bertungkus lumus demi menaikkan FxMega Resources. Pertama org paling kanan saya, Mohd Shukri Saleh merangkap Sifu FxMega dan dia adalah jugak anak sedara saya, anak sulung kakak saya. Sifu Shukri yang sama2 bersengkang mata mencari idea untuk memantapkan segalanye. Dan tak jemu2 mengkaji signal dan menaik kan tahap keberkesanan teknik frx30 yang kami guna. Bila dapat je cara baru di usulkan nye kepada saya dan saya pun akan melihat, meneliti dan juga mencuba dan memberi pandangan dan apa saja untuk lebih memantapan kan lagi hasil kajian nye yg telah sedia mantap hanye kerana untuk kejayaan semua student saya. Saya tak tahu cara mana saya boleh berterima kasih kepada dia.


Kedua nye kepada sorang lagi yg jugak tidak kurang pentingnye kepada FxMega adalah anak sulung saya sendiri, Ameer Qusyairi Shamsuri. Yang kadang tak tido malam hanye kerana nak menghasilkan website www.forextigapuluh.com dgn sempurna dan canggih. Hanye untuk memudahkan semua yang singgah ke sesawang saya itu akan mendapat info yg tetap dan berguna. Dan saya amat menghargai kedua2 nye dan bangga dgn kedua2 nye. Jadi walau dlm ape saja kesulitan yg saya alami saya tidak pernah mahu melukai hati kedua2 nye yg banyak membantu saya...saya amat sayu untuk melukai hati kedua2 nye...










  






Lihat lah wajah yg bersih ni, sanggup kah saya melukainye...dan saya akan bersam2 dgn kedua2 nye untuk mengharungi perjalanan FxMega dan tidak akan berpaling atau menoleh ke belakang. Moga Allah peprmudahkan segala urusan.  Amin.

Saturday, November 26, 2011

BILA HATI GUNDAH AKU SELALU NYANYI LAGU NI

Hati gundah...ayuh kita laungkan!!!




Mai kita dengaq lagu ni untuk naikkan semangat. Layannnn....

NAK TAHU KEJE KITA?

Seawal 0700 pagi dan berakhir paling lewat 1200 tengah malam...








Kalau kita keluar umah kita bawak laptop atau androiddan masih kita on benda ni jugak. Boleh lah masuk duit sikit2 walau di mana pun kita berada...best kan?

Wednesday, November 16, 2011

ALHAMDULILLAH TERCAPAI JUGAK IMPIAN...


No. 125 Tingkat Atas, Taman Sungai Jawi, 14200 Sungai Jawi, Pulau Pinang. Alhamdulillah. Akhir nye dapat jugak saya menyewa di sini untuk di jadikan pejabat saya. Di samping untuk kemudahan kepada semua student2 forex saya. Dengan sewa sebanyak RM550.00 sebulan saya mula menyewa pada 01/10/2011. Masih belum siap lagi renovation di dlm nye. Insyallah saya akan mempercepatkan pembukaan pejabat ni. 




Luas kan...20' kali 62'...fuh lapang betul. Yang ni sebelah depan.




Yang ni di sebelah belakang. 
Sekarang plan untuk susun atur dah siap hanye tunggu tukang mai buat partition nye je. Selepas tu cat dan seterusnye masukkan perabut...penghawa dingin dan sebagainye...mudah-mudahan akan memberi manfaat kepada student supaya mudah datang untuk trading bersama2. Insyallah.

Sunday, November 13, 2011

TERIMA KASIH SEMUA STUDENT KAK AISHAH



Cik Anni Zul bersama dua anak bujang nye Zarul dan Zaril dari Melaka adalah student yang awal attend kelas forex saya di ikuti En Ibrahim Mustafa dari Alor Star dan seterusnye student2 yang baru sekarang. Saya amat berbangga dengan pencapaian semua. Sejak January 2011 saya mula mengenakan yuran kepada setiap org yang ingin mendapat ilmu forex dari saya. Sehingga Oktober 2011 dah ratusan student saya. Alhamdulillah. 


Terima kasih jugak kepada anak sedara saya Mohd Shukri Saleh dan juga anak sulung saya Ameer Qusyairi Shamsuri yang banyak membantu saya. Kedua2nye bertungkus lumus mengendalikan semua berkaitan kelas forex. Memberi signal dan follow up student. Saya amat menghargai nye dan amat berbangga dgn sikap tanggungjawab yang ada pada kedua2 nye. Alhamdulillah Allah telah kurniakan anak2 yang baik dan mempunyai etika kerja yang mantap.


Juga tidak lupa pada semua student baru yang sukar saya sebutkan di sini kerana terlalu ramai...Saya sentiasa ingin memberi kan yang terbaik dan menjaga semua supaya dapat mengecap kejaaan bersama2.


Sampai saat ini saya rasa amat senang sekali. Melihat kejayaan student adalah satu peristiwa yang amat membanggakan saya. Tahniah kepada yang bejaya keluarkan keuntungan saban minggu. Yang telah menjadi full time trader. 


Juga kepada student dari Utara...Kashah, En Rohimee, Cikgu Rahmat, Cikgu Dariah, Majdi, Mardiana, Arus Yusran, En Ibrahim Md Nor, En Ibrahim Mustafa, Khairunizam, Azlee, Syukur Hassan, Mohd Mirza, Mazni Samsudin, Nabir Amin, Jurida, Firdaus, Mohd Zaki, Jerry, Dion, Syahimy, Wah ramai jugak dari Utara ye...ada lagi...Lie, Lan, Zai, Azman, Win, Nasrul, Marzuki...
Ada lagi ke? Maaf ye kalau tertinggal. hanya yang teringat dlm kepala je ni sbb kena tengok list dalam rekod la kalau nak letak detail...28 orang dari Utara yang seingat saya.


Kawasan Tengah pulak...Roziyati, Muniandy Ayannan, Zaimi Basri dan merankumi KL/Selangor/  Azian, En Ismail, Nurulmubarakah, Mahfuzah, Rozita, Rozalina Rozali, Ali Pardi, Fauzi, Aziz Isah, Zaireen, Mirul, Khai, Din, Syazrul Naim, Zezee, Shahfizi, Amy Castle, Azizi, Mell, Zambri, En Samat, Yazi, Mizal, Ika, Shah Eskay, Syaril, Ijan, En Shahrom, En Rahman, Ila, Zaimi Abu bakar, Syahir, En Zul, Harun... 37 org yang seingat saya ...ade lagi kot yang tertinggal...


Selatan...
Merangkumi Melaka, Seremban, Johor...
Cik Anni Zul, Zarul, Zaril, Yana, Rostam, Feroz, Cerap (Fairus), Faifuz, Humaidi, Hashim, Nasree, Fauzi Tudin, Arash, Noratifah, Najid, Che Wan, Nizam...siapa lagi ye...dah lupa la...Najib (ustaz), 17 orag dari Selatan.


Terengganu/Kelantan...Afif, Syarul, Marwan, 


Sabah dan Sarawak...Hayati Saidal, Chuchu Padamit, Maulana, Morzeyan, yang baru semalam attend kelas...Flawrence Steelah, Herwan...


Mohon maaf lah kalau tak tertulis di sini...


Arezly juga student baru attend kelas semalam dari Muar.
Semoga kita berjaya bersama2.
Amin.

SELAMAT MENEMPUH SPM ANAK2 SEMUA

Kepada Zarith Elisofea Zulkifli...Syafiqah...dan juga kepada semua anak2 yang bakal menduduki SPM besok...Auntie Aishah doa kan moga semua dapat menjawab dengan tenang. Dua anak teruna Auntie dah melepasi SPM dan Auntie tahu betapa sukar nye hati sorang ibu untuk membendung resah ketika anak2 sedang berperang di dewan peperiksaan.


Buat yang termampu dan selebihnye berserah pada Allah. Jangan bimbang dan gusar. Segala usaha telah di laku kan so hanya tempuhi dgn baik.


Moga dapat keputusan yang terbaik di antara yang paling baik.
Amin.

Monday, October 31, 2011

HARI NI SEMANGAT AMAT TINGGI




Ape tu? Penah tengok tak? Pertama kali saya tengok sesudah umur menjangkau 45. Ok kita letak satu lagi pic yang sama.










Pic yang sama tapi cara fokus je berbeza. So pertama kali hubby saya tunjuk kat saya, saya tertanya2, benda ape ni. Lama saya dok belek2. Dia kata: Cuba teka...saya pun akhirnye 
mengalah sbb mmg tak dapat jawapan. Last2 hubby saya gitau...ni la buah or kacang tanduk.
Mmmm baru perasan rupa benda ni mcm tanduk. Keras dan kalau sekali tengok mcm plastik.
Tapi mgkin ramai yang dah pernah tengok. Hanya saya yang tak pernah jumpa.






Saturday, October 29, 2011

DAPAT OLE-OLE DARI SARAWAK...TQVM YAN.

Assalam. Hari banyak betul benda yang kena setel. Tapi hari ni paling gembira dan terharu. Dapat bungkusan yang di kirim kan oleh student saya dari Sarawak. Post laju siap datang hantar dengan van lagi. Hohoho best giler. TQVM Morzeyan atas kiriman ikan terubok masin. Yan ada lah student saya dari Sarawak. Tak sangka Yan hantar sampai 6 ekor ikan tu.






Nah. Kotak seberat 1.86 kilo...










Tu dia...besar2 pulak tu...










Hah!!! Sampai 6 ekor...banyak nye. TQ TQ TQ Yan...mmm memang kami sekeluarga suka sgt
ikan terubok masin ni. Boleh goreng letak cili kering dan bawang...or buat masak asam...






Ok. Letak dalam bekas yang cantik sikit. Dan di abadi kan di sini dulu sebagai kenangan dari 
student forex saya dari Sarawak. Pertama kali student beri hadiah. Terharu betul...
Seterusnye. Saya akan cuba update di sini bila saya masak...ok...ade tak kawan2 nak suggest untuk saya resepi pe saya nak masak ikan ni selain dari goreng bawang n cili kering? Or kalau Yan baca kat sini...so selalu Yan masak pe ikan ni?


Ok. Kita jumpa lagi ye...



Thursday, October 27, 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Amboi lama betul saya tidak update kat sini. Sibok memanjang. Namun semuanya masih terkawal. Sejak semalam saya dilanda selsema dan rasa nak demam jugak di susuli dengan batuk2. Mmmm kerongkong pun rasa perit. Dah ambik ubat. Rasa macam lega sikit tapi masih bersin dan bersin. 








Rasa macam nak tidor je arini...tapi kena beri komitmen pada student2 forex saya. So kena lawan
semua rasa sakit. Kena bersemangat demi untuk kejayaan semua student. Apa lagi...jom kita trading
dan buat untung demi untung...

Tuesday, September 27, 2011

Assalam semua. Lama betul saya tidak update di sini. Sejak 1 Syawal aritu. Agak sibok dengan persiapan ofis baru. So langsung tak ade masa untuk ke sini. Pekabar suma? Hari ni saya terima sesuatu melalui POST LAJU. 










Lyn dari Johor kirimkan. Dah makan satu. Sedap dan coklat sampai pun dalam keadaan elok. Tidak cair. TQVM Lyn. Nanti boleh kirim lagi. Hehehe. 








Terlupa nak ambik pic semasa bungkusan belum dibuka. Sbb teruja sgt nak tengok benda kat dalam tu. Ha ni pic dar dekat. Tak cair kan Lyn. Jauh tu POS LAJU bawak dari selatan ke utara. 
Anyway. Dah tahu gini so boleh lah nanti oder biskut raya pulak. Mmmm yummy yummy sedap.

Tuesday, August 30, 2011

SALAM AIDILFITRI

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. 
Hari ni kita semua sambut raya dengan penoh meriah. Saya macam biasa. Ziarah sanak saudara dan rakan taulan. Tahun ni agak meriah sikit saya menyambutnya.




Saya dan suami.




Syahdunya dapat mencium tangan suami.





Ni lah family kecil saya. Bersama suami dan dua anak teruna Ameer Qusyairi di sebelah saya dan Aiman Syakir di sebelah suami saya. 


 

Amboi besungguh2 Ameer cium tangan saya. Mmmm lepas tu tunggu duit raya la tu.




Cium tangan ke tido ni Aiman?


 

Sessi bersama Abah pulak...





Aiman masih dalam posisi yang sama...

Monday, August 22, 2011

IPAD BARU



minggu lepas suami saya beli ipad baru. kecik sgt: 7 inci. tapi boleh lah buka fb n website trading forex saya www.forextigapuluh.com  
comel sgt. mudah lah bawak pegi kat riyas nasik kandar ke kalau nak teman suami minum teh tarik
so boleh jugak follow student guna ipad ni walau pun ade kat luar.
harga pun murah.
 

CEWAH : CUBA TENGOK



Tengok pisang tu, dah bersikat2 kan buahnya. Nanti buah tu akan labuh ke bawah sampai ke perdu nya. Ada sua pokok yang berbuah. Pisang ni hanya hiasan je, tak boleh makan. 



Ni lagi sepokok. Nanti bila dah sikat nya sampai cecah perdu nya Insyallah saya akan update lagi di sini.

Sunday, August 7, 2011

TINJAU2 RUMAH IDAMAN




Hari Sabtu semalam saya pegi tinjau2 rumah ni kat Taman Gamelan, Sg Bakap. Nampak mcm bekenan je. tapi pikir2 lak, besar sgt ni. Anak ade dua je. Tapi bila pikir pulak nak ajak student forex datang lepak2 kat umah, senang gak kalau umah besar2 mcm ni. 










Pastu tengok pulak rumah ni, berdekatan jugak dengan rumah tadi. Yang ni murah sikit, harga RM 580,000.00  pun besar jugak. Ada 5 bilik tidur dan tanah pun luas. Bekenan jugak yang ni. Tak pe. Kita buat solat Istikharah dulu. Tengok yang mana yang terbaik.





Sunday, July 31, 2011

KASIHNYA IBU



Kasihnya ibu membawa ke syurga...tengok oren ni. Betapa sayang nya dia pada anak2 dia. Sampai tak keluar umah hanya dok tunggu anak dia je. Dah montel3 anak2 dia suma tapu belum kasi nama lagi. 

SABTU DI PULAU PINANG



Lama tak pegi Pulau Pinang, ni time waktu 9.00am kat atas Jambatan Pulau Pinang. Kenderaan tak banyak sebab yang keja masuk pukul 8.00am dah pun selamat masuk keje. 








Semasa singgah di gerai makan tepi pantai, nampak pemandangan ni dan share di sini, sebenar nye semalam semasa saya borak2 dalam chatroom livetrade forex dengan student2 saya, saya sempat bercerita pasal impian saya nak beli feri dan nak bawak suma student saya ke Langkawi...so untuk Yana (student forex saya) mmmm  agak2 yang ni sesuai tak kalau Kak Aishah nak beli untuk bawak Yana dan kwn2 yang lain ke Langkawi?








Atau yang ni Yana? Mmmmm....Kak Aishah tunggu komen Yana... kat belakang tu adalah Pulau Jerejak. Dulu penjara tapi sekarang ni dah jadi tempat bercuti yang best.  tapi saya pun lama benar tak ke Pulau Pinang. Kalau tak de keje memang tak de mood nak turun sana. 








Restoren ade kepala keretapi...mmm tentu makan pun best kan sini. Boleh la...








Dan ini masjid yang dah lama di bina di sini. Sehari suntok ronda2 dan selesai kan keja di sini...balik umah baru terasa letihnya.

Friday, July 22, 2011

JUMAAT YANG BERKAT

Salam Jumaat. Apa khabar semua ya. Moga2 semua ada dlm keadaan yang paling baik. Set kan di minda setiap hari "Saya suka diri saya" maka bila kita suka diri kita, kita akan bapati ramai yang akan suka kan juga pada kita dan maka dengan itu jika kita melakukan ape jua pun kita akan di senangi. Baik untuk kita menjalani kehidupan kita.

Monday, July 11, 2011

SANTAI DI KOLAM AIR PANAS BALING

Hari khamis malam jumaat lepas saya ke Kolam Air Panas Ulu Legong Baling. Dari umah jam 9.00 malam dan sampai sana dah pukul 11.00 malam. Pegi dgn hubby dan anak sulung. Lama betul tak ke situ. Dah banyak berubah.
Gerai2 pun banyak dan tempat parking pun dah ok. Tak macam dulu. Susah betul nak parking keta. seronok jugak rendam kaki dalam kolam tu. Hilang suma stress. Kebetulan tak ramai orang. So tenang2 je la kat situ malam tu.