Saturday, February 26, 2011

MACAM2 RAGAM PERANGAI STUDENT.

Assalamulaikum.
Hari ni saya nak berkongsi cerita di sini tentang kisah sorang hamba Allah dari Seremban yang berminat nak daftar kelas saya.  Pada mulanye dia sms kat saya minta nak tengok SS Acc saya.  Saya pun tag lah Acc History saya untuk tatapan dia sebagai bukti yang saya mmg FTT.

Selepas saja dia tengok, dia minta bayar yuran ansur2 pulak.  Jadi rupanye dia mmg tak ade duit nak attend kelas n berharap saya akan ajar free.  Apa la banyak betul karenah student ni.  Bukti dari kita dia nak tapi dia sendiri tak de modal nak bayar yuran.  Dia ingat saya ni buka kelas tak ade lesen kot.

Pada saya bukan lah niat nak riak or nak berlagak.  Tapi tak ramai sifu yang tak berani tag SS dorang.  Yang tag SS dari demo acc ramai lah.  Apa2 pun saya ambil kisah ini sebagai satu pengalaman yang mahal.

Ok kita berenti di sini dulu.
Wassalam.

Friday, February 25, 2011

AMBOI PENATNYE DIRI INI.

Assalamualaikum.
Yang paling rapat dgn saya (my luv huby) kawan2 dan semua student2 saya.  Harapan saya semuanye berada dalam keadaan yang selesa/sehat/gembira/berjaya.

Hari ini saya amat bangga dengan pencapaian semua student2 saya.  Yang makin mendalami kaedah yang saya peturunkan.  Yang telah sedar dari kesilapan.  Yang cekal/tabah/sabar/berani.  Semua telah ada di dalam diri student2 saya.  Saya bangga.

Jika suatu hari nanti semua bergelar jutawan.  Jika suatu hari nanti semua dah bergelar dermawan.  Saat itu jika semua berada di puncak yang tinggi pun saya tidak akan sedeh jika student saya sudah melupai saya.  Kerana hanya pencapaian mereka yang saya nak.  Saya nak semua menuju puncak seperti yang meraka cita2 kan.

Dan saya kagum dengan hasil usaha mereka.  Yang tak jemu2 mencari di mana letaknye titik kejayaan.  Sekarang saya sudah boleh menghela nafas lega.

Akhir sekali.  Mari lah kita bersama2 panjatkan doa moga semua akan berakhir dengan kejayaan yang paling besar.
Sekian untuk kali ini.

Selamat mengutip pips kepada semua student2 yang saya sayang.
Wassalam.

Wednesday, February 23, 2011

MANISNYA KEJAYAAN HASIL TITIK PELUH SENDIRI.

Assalamualaikum.
Hari ini terasa begitu bersyukur dan tenang dalam hati.  Kejayaan demi kejayaan di kecapi satu demi satu.  Tiada apa yang lebih mengembirakan untuk seorang cikgu selain dari kejayaan anak didiknya.  Bila anak didik berjaya mencapai keuntungan yang di idam2 kan, maka insan yang paling bahagia adalah guru yang mengajar.  Alhamdulillah.  Setakat ini boleh di kata kan semua anak didik saya berjaya mengumpul pip yang memberansangkan.  Saya amat2 bangga.

Dan sekarang apa yang saya cita2 kan sudah melepasi satu tahap.  Namun perjalanan masih jauh.  Sokongan dari kawan2 rapat dan juga dari orang yang paling saya hormati dan yang berada di hati saya adalah suami saya yang memahami cita2 saya.  Dan juga kwn2 rapat saya.  Juga student saya yang tak jemu2 berusaha meningkatkan kemahiran diri.  Daya usaha adalah dari student sendiri.

Sekian untuk kali ini.  Juga tak lupa kepada En Azlan Lin, jika beliau singgah di sini...saya nak ucapkan selamat menelaah pembelajaran di UPSI.

Wassallam.


Friday, February 18, 2011

Betapa bangganya diri.

Assalamualaikum.

Betapa bangga nya diri bila ilmu yang diperturunkan kepada student dan dapat di manfaatkan dgn sempurna oleh student dan mencapai kejayaan yang cemerlang.  Baru2 ini ada sorang student dari Pantai Remis Perak datang menuntut ilmu Forex dgn saya.  Dia datang pada hari selasa sempena cuti umum Maulidurasul.  Dia datang dengan suaminya.  Masuk kelas dari sekitar jam 10.30am dan berakhir pada jam 2.30pm.  Hari rabu dia apply apa yang di pelajarinya dan berakhir dengan keuntungan sebanyak 60usd hanya sehari itu saja dan hanya berbekalkan modal hanya serendah 100dolar.

Saya amat bangga dengan pencapaian beliau.  Dan juga kepada student2 lain pun macam itu lah juga.  Saya bangga pada semua student saya.

Moga Allah akan berikan kita kejayaan dan kita akan kecapi bersama2.  Tapi di samping itu ade juga kawan2 lain yang masih belum memberi kata dua untuk mengikuti kelas saya.  Mungkin kawan2 yang lain belum lagi ada rezeki untuk tampil menimba ilmu.

Sekian saja untuk kali ini.

Wassalam.

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidurasul.

Apa khabar semua.  Semoga Semua baik2 adanya.  Lama betul saya tidah menulis di sini.  Sejak kebelakangan ini saya amat sibuk.  Sejak mengadakan kelas on9 saya,  banyak benda yang nak di fikirkan.  Namun jauh di sudut hati saya memang teringat pada kawan2 yang pernah singgah di blog ini.

Dulu saya adalah seorang suri rumah yang hanya mempunyai rutin harian yang sama setiap hari.  Bangun pagi buat sarapan.  Kemas rumah.  Basuh baju.  Masak untuk makan tengahari.  Buat juadah untuk  minum petang.  Panaskan lauk untuk makan malam.  Lipat baju.  Dan akhir sekali pasti kan semua teratur dan tidur untuk memula kan rutin yang sama keesokkan harinya tanpa rasa jemu dan mengeluh.

Sehinggalah saya menceburi bidang perniagaan ini.  Yang menuntuk pengorbanan masa saya.  Bangun pagi.  Perkara petama yang saya buat.  Bersenam sedikit sekadar ringkas.  ON kan laptop saya.  Buka platform saya. Dan melihat sekali lalu arah pasaran di M1.  Selepas itu baru masuk bilik air untuk menyuci diri dan bersolat subuh.  Selepas buat kan teh untuk suami dan anak2.  Kembali ke depan laptop dan mula meneliti dengan lebih sempurna akan arah pasaran tersebut.  Dan melihat-lihat facebook group saya kot ada yang perlu di balas.  Menyemak email kot ada yang daftar student baru.  Menyemak maybank2u kot ada yang bank in yuran.

Selepas semua selesai.  Pukul 9am baru masukkan baju dalam mesin.  Kembali ke depan laptop.  Mula trading sepenuhnya.  Tiada aktiviti ke pasar membeli ikan.  Tiada lagi aktiviti menerjah ke rumah jiran untuk mencari gossip.  Tiada lagi aktiviti melangut depan tv melihat citra indonesia.  Tiada lagi semua itu.  Segalanya berubah.

Namun saya rasa puas.  Rasa bangga dengan pencapaian diri.  Rasa bersyukur.
Dan saya tahu ramai kawan2 di luar sana yang sebaya saya pun akan mampu lakukan seperti saya.  Cuma tiada pendedahan saja.  So ayuh lah yang berminat.  Hubungi saya jika ingin mencapai apa yang dah saya lalui..

Hanya di sini dulu.  Ada masa kita jmpa lagi.  Salam untuk semua.
Wassalam.