Tuesday, November 30, 2010

30/11/2010 selasa datang lagi.

Assalamulaikum, hari banyak keje sungguh nak di buatkan.  Apa khabar agaknye kawan2 semua?  Harap semuanya di lindungi Allah dan di berkati.  semua kita rata2nye pernah melakukan kesilapan dlm hidup kita.  Tapi selagi kita sedar dan berusaha kembali ke pangkal jalan, kita tetap akan di beri bantuan dari Allah.  Maha suci Allah dan Dia tetap tahu ape yg terbaik untuk kita.

Jika kita telah sedar akan kesilapan tapi masih tidak mahu memperbaikinya maka kita akan terus terusan berada dlm keadaan kerugian.  Walau pun sedikit tapi jika kita melakukannya setiap hari maka kita akan tetap mendapat imbuhannya.  Allah suka pada yg berusaha akan tetapi jika Allah menduga dengan kesedihan, redhalah kita.

Rasa2nye cukup sampai di sini dulu.
Ada umo kita jumpa lagi.
Wassalam.

Monday, November 29, 2010

29/11/2010 isnin

assalamualaikum.
pejam celik pejam celik dah nak sampai ke penghujung tahun.  pantas sungguh masa berlalu.  rasa baru je semalam kita menyambut tahun baru 2010.  tapi hari dah 29/11/2010.  namun kita akur.  akur dgn ketentuan Allah.  dan kita masih berpegang bahawa Allah tahu ape yg terbaik untuk kita.  dan kita masih lagi berdoa dan berusaha ke arah kebaikkan.  jika kita nak kan kebaikkan dan melakukan sesuatu yg menjuruskan kita ke arah tu jugak maka Allah akan kabulkan doa kita.  hanya jika kita tidak berusaha saja maka tiada apa yg dapat membantu kita.  jgn asyik menadah saja tanpa berusaha. itu juga peringatan untuk diri saya juga.

ingat lah bahawa ubat yg paling mujarab ada lah semangat.  jika tiada semangat maka semua yg ada dlm diri kita akan lemah.  saya juga pernah jatuh dalam perniagaan.  dan rasa rendah diri yg teramat sgt.  nak berjumpa dgn org pun rasa takut dan malu.  takut org atau kwn2 akan bertanya tentang bisnes.  malu kalau kwn2 tahu yg saya mengalami kerugian dlm bisnes.  tapi tu semua sebelum saya menyedarai bahawa saya harus bangkit dan memulakan semula sesuatu yg baru dan lupakan kegagalan.  anggaplah kegagalan itu sebagai satu pengajaran.  sekali gagal tak semestinya akan gagal selama lamanya.

Allahdulillah sekarang saya sudah kembali beransur pulih berkat sokongan dari suami dan kwn2 yg memahami.
dan juga anak2 saya yg berada di samping saya beserta sorang anak sedara saya yg mahu jatuh bangun dgn saya.  sekarang saya bersyukur sgt.

Alhamdulillah Allah maha mendengar.  mendengar akan doa2 saya yg tak putus pada setiap hari.  memohon moga di keluarkan dari keperitan dan semasa berada dalam keperitan itu saya redha.  kerana saya tahu Allah sayang pada org2 yg redha.

amboi panjang pulak saya bercerita kali ini.
cukup2 lah untuk kali ini.
wassalam.
  

Sunday, November 28, 2010

Ahad Hari Untuk Berlibur. 28/11/2010.

Asslamualaikum.
Tazkirah pagi ini:  Sabda Rasullullah SAW "mahukah kamu, saya beritahu kan sesuatu tentang yang apabila kamu kerjakan kamu akan saling menyayangi?  Budayakan lah ucapan salam di antara kamu."

Hari ni Ahad ade majlis kenduri dan majlis tahlil di rumah ibu mertua saya.  Semoga majlis ini berjalan ngan lancar.  Majlis tahlil selepas zohor.  Masak gotong royong.  Tak pe la asal semua dapat meringankan tangan membantu.  Berkumpul adik beradik dan dapat mengeratkan lagi keakraban persaudaraan.

Banyak betul keje umah saya pagi ni.  Awal2 ni saya akan sudahkan semua nya.  Insyallah semua akan jadi baik2 sehingga berjumpa isnin.  Kita selalu mendoakan yg baik2 untuk kita dan keluarga juga kawan2.  Kelebihan kita adalah kerana dapat memohon doa kepada yang Esa.

Lupa pulak nak bertanya khabar kawan2 yang datang singgah ke blog saya.  Apa habar gaknye semua?  Zai, Lyn, Aeri n semuanye.  Harap2 semuanye hidup di dalam keberkatan Allah.  Dan juga hamba Allah dari Sg Petani...terima kaseh kerana menjengah ke blog saya.

Hanya di sini dulu.
Ada umo kita jumpa lagi.
Wassalam.

Saturday, November 27, 2010

BILA KITA DI ANIAYA.

Assalamualaikum.
Kadang kita merasa sakit hati geram dan marah semarah marahnye bila kita terasa diri kita teraniaya.  Tapi kita lupa jika Allah meletakkan kita dalam keadaan itu sebenarnya Allah sayang kita.  Dan Allah tahu kita insan yang kuat dan mampu menahan semua musibah itu.  Dan doa orang2 yang teraniaya cepat di makbulkan Allah.  Dan kita dapat melihat semula ape2 benda yang kita terlepas pandang sebelum ini.  Kita juga dapat belajar sesuatu dari musibah tersebut.  Jadi kita jgn lah duduk dan meratapi nasib, bangun lah dan mohon doa pada Allah.  

Jika kita rajin bangun bersolat hajat di tengah malam, itu adalah lebih baik.  Mohon Allah lepaskan kita dari sebarang kesulitan.  Selepas semua nye selesai, kita teruskan juga mengingati Allah selalu.  Jgn semasa dlm kesukaran saja kita dekat dgn Allah.

Sentiasa lah berzikir.  Jgn lupa sedekah kan Alfatihah kepada ayah dan ibu.
Semoga kita akan sentiasa berada di dalam pemeliharaan Allah.

Hanya sampai di sini dulu. 
Wassalam.

27/11/2010 sabtu sabtu sabtu/hari saya bercuti dari keja.

assalamualikum.
ape khabar semua.  tazkirah hari ini adalah: sabda Rasullah SAW celakalah orang2 yang memperbudakkan dirinya kepada wang dan harta, apabila di berikan ia puas dan apabila tidak di beri ia gelisah.

semoga kita dapat ambil sebagai pengajaran.  hari ni saya tak keja so akan menghadiri majlis ilmu di dewan komuniti bandar baru parit buntar.  tiap pagi sabtu jam 9am saya akan luangkan masa di situ untuk mendengar ustaz membaca kitab.  sedikit sebanyak dapat juga ilmu agama.  insyallah saya akan kongsi kan ia di sini.

kalau kita ade kesempatan elok juga kita bersama2 menghadiri majlis2 ilmu seumpama itu.  tak dapat semua ilmu pun tak pe janji bila kita selalu mendengar, akan beroleh juga walau sedikit dan lama2 akan bertambah juga ilmu.  
insyallah selagi terdaya saya akan sentiasa belajar dan belajar lagi.

hanya sekian untuk kali ini.
semoga Allah melindungi kita dari sesuatu bencana.
wassalam.

Friday, November 26, 2010

26 nov 2010/jumaat yg barakah

assalamualaikum.
pertama nak ucap tq bebanyak kepada zai yg sudi mejengah ke blog ni..."kak baru je belajar berblog le zai..."
ape khabar agaknye kwn2 yang lain suma?

jumaat yg barakah datang lagi.  sama2 kita perbanyakkan berdoa pada hari jumaat dan juga pada hari2 yg lain juga.  di sini saya nak war-war kan sesuatu la.  kalau kwn2 semua nak kasi hadiah pada seseorang n tak tahu nak kasi ape, cuba2 lah jengah mamanur-bakery.blogspot.com n oder coklat untuk kasi hadiah.  saya tengok box yg di sediakan untuk coklat tu cantik nye.  saya baru je oder n mamanur akan post kan untuk kita kalau kita dok jauh dari johor.

nnt bila coklat tu sampai n saya dah rasa...saya akan komen di sini...tapi nampak mmg sedap.  bukan pe...kita patut menyokong bisnes2 org kita ni.  semoga mamanur dapat mengembangkan lagi hingga ke seluruh pelusuk negeri di malaysia ni.  syabas mamanur.  saya akan terus bg sokongan.

hari ni mood saya secerah cuaca pagi ni.  rasa tenang n damai je...
syukur kerana Allah izinkan saya menghirup udara lagi untuk hari ni.

ok la cukup sampai di sini dulu.
ade umo kita jumpa lagi.
wassalam.

Thursday, November 25, 2010

Khamis datang lagi...

assalamulaikum. terus je ke ayat yg nak sgt saya luahkan di sini.  pertama kalau kita berada di atas kita jgn sesekali memandang hina pada yang di bawah.  kita jgn biasa kan diri kita mengeluarkan kata2 yg kurang enak di dengar pada kwn2 kita walau pun kwn kita tu ade buat salah pada kita.  memaafkan dan bersangka baik pada org2 di sekeliling kita adalah sifat yg di puji Allah.

kadang kita tak sedar, Allah bg kita senang pun ada kala nak menduga kita, adakah di masa kita senang kita ingat Allah sama seperti masa kita dlm kesusahan.

ade juga kawan saya yg gemar memaki hamun jika ade org lain buat sesuatu kesalahan.  pada hal kita di ingatkan supaya banyak bersabar.  jgn menghina org denag melampau2.  mana tau satu masa kita akan minta pertolongan pada org yg penah kita maki hamun tu.


ambillah sebagai satu peringatan.
terimakaseh kepada kwn2 yg datang singgah ke blog sorang makcik yg masih lagi belajar n belajar.

wassalam.

Wednesday, November 24, 2010

Indahnya Hidup Bersyariat

Assalamualaikum.
Indahnya hidup bersyariat adalah tajuk sebuah buku ilimiah yg patut kita baca.  Kalau boleh setiap rumah patut ada buku ni.  Buku yg panuh ilmu bersolat dan sebagainya.  Saya baru je beli buku ni dan belum habis khatam lagi.  Nanti saya akan kongsikan di sini sedikit isi2 penting buku tu.

Tak lupa saya nak tanya khabar kawan2 semua.
Dan terima kasih kepada yg sudi singgah menjengok ke blog ni.

wassalam.

Tuesday, November 23, 2010

Selasa yang akan meneruskan pertemuan kita dgn rabu.

Assalamualaikum.
Awal pagi yg cerah ceria dan nyaman.  Memulakan tugasan dgn semangat yg semakin tinggi.  Selamat menghadapi exam SPM kepada anak lelaki saya Muhammad Aiman Syakir dan kepada anak sedara saya Muhammad Syeqal yg menduduki STPM.  Semoga dapat menjawab soalan dengan tenang.

Kadang kita terasa takot dan leka.  Takot tidak dapat mencapai ape yg kita impikan.  Leka dgn ape yg kita dah tertinggal.  Tapi kita kena sedar dan cuba meneliti ape yg kita perlu buat dan perlu tinggalkan.  Walau pun sedikit perubahan positif yg kita dapat laku kan sudah cukup memadai daripada kita tidak melakukannya langsung.  Walau pun sedikit tapi berterusan adalah lebih baik dari tidak melakukannya langsung.  Jgn lupa berselawat dan sedekahkan alfatihah kepada ayah dan ibu.

Allah tahu ape yg terbaik untuk kita.  Allah tidak akan menduga kita pada tahap kita tak dapat atasi dugaan NYA.  Redha jika di timpa musibah.  Allah sayang pada hambanya yg redha.

Di sini dulu ye untuk hari ni.
Wassallam.

Monday, November 22, 2010

Hari Isnin satu permulaan yang baik.

Assalamualaikum.  Kita mengharapkan tiap isnin menjadi satu permulaan yg baik untuk mencari rezeki.  Dah cuti berhari raya, hari ni mula kembali duduk di meja dan meneruskan keje2 pejabat seperti biasa.  Penuh semangat dan penuh yakin.  Mulakan awal pagi ngan zikir dan berselawat.  Dan tak lupa sedekah kan Alfatihah kepada arwah ayah mak n bapa mertua.  Semoga kita di berkati Allah.

Hari ni saya penuh semangat.  Cuaca pulak redup je.  Besok anak bungsu akan menduduki SPM.  Saya tak lupa bersolah hajat 12 rakaat mohon Muhammad Aiman Syakir dapat menjawab semua soalan ngan tenang.  Bila ada ketenangan baru lah dapat menjawab ngan baik.  Mudah2 mudahan Allah permudahkan segala urusan.

Hari ni juga saya tak lupa menghargai kawan2 yg menjengah ke blog saya...blog sorang makcik yg mempunyai cita2 yg besar.

Sampai di sini dulu.
Wassalam.

Sunday, November 21, 2010

Ahad 21 Nov 2010

Assalamualaikum.
Hari ni lepas je subuh saya n huby dah gerak ke Puncak Alam antar anak sulung balik ke UITM. Ok je dlm perjalanan, keta tak banyak.  Ingat ke jalan sebaok sbb ramai yg balik dari bercuti raya.  Alhamdulillah kul 10am  kami sampai di UITM.
Kul 11 tengahari terus gerak balik ke utara semula tapi ikut jalan lama.  Walau pun lambat tiba di rumah tapi sepanjang perjalanan banyak yg dapat di lihat.  Ade umah kenduri n ade jumpa kemalangan membabitkan sebuah motor ngan keta nissan sunny.  Cian la penunggang motor tu suami n isteri mati di tempat kejadian.  Mayat masih terbaring di atas jalan.  Si isteri pakai baju kurung warna biru muda, tudung kepalanya terlucut, sedeh je melihat mayat kedua dua nya.  Agaknya baru balik dari umah kenduri.  Dah sampai ajalnya.

Kami sempat singgah di Lumut.  Beli ikan kering.  Ikan tenggiri kering.  Wah murah2 je ikan kering kat situ.  Keropok pun murah2.  Sepanjang perjalanan rasa nyaman n sejuk je sbb banyak pokok2 di kiri kanan jalan.  Seronok gak sekali sekala ikut jalan kampung.

Kul 7pm baru tiba di umah.  Tak le letih sangat, hari ni jugak ada majlis kenduri kahwin anak sedara sebelah suami.  Nampaknya kami kena pegi majlis tu mlm ni la.  Tak pe lewat pun asalkan pegi meraikannya.  Besok mula masuk ofis semula.  Keja keja n keja.

Apa khabar agak2 nye kawan2 semua.
Terima kaseh lah kepada yg sudi singgah ke blog ni...blog sorang makcik yang gigih mempelajari sesuatu yang baru.

Sampai di sini dulu.
Ada umo kita jumpa lagi.
Wassalam.

Friday, November 19, 2010

Salam pagi Jumaat yang barakah.

Redup je pagi ni...hening sgt.  Sejuk je tapi masih dapat lakukan semua urusan harian.  Apa khabar kawan2 semua ye.  Harap semua nye baik2 belaka.  Kita kena teruskan hidup walau jika kita dalam kesedehan.  Yg pergi tu tetap pergi, kita yg tinggal ni masih banyak tanggungjawab yg nak di selesaikan.  Hari ni saya masih ada kekuatan untuk harungi kehidupan ini.  Semoga Allah akan permudahkan segala urusan kita.  Hari ni ade majlis akad nikah anak sedara sebelah suami saya.  Majlis kenduri nye pada 21 Nov 2010.  Moga majlis akad nikah akan berjalan ngan lancar.  Saya mendoakan moga selamat semuanya.

Sampai di sini dulu.  Saya akan kembali lagi jika ade umur.
Wassalam.

Thursday, November 18, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Asslamualaikum/selamat sejahtera.
Dah berapa hari saya tak menulis di sini.  Apa khabar agaknya kawan2 semua.  Ada khabar tak baik dari saya, bapa mertua saya dah kembali ke rahmatullah pada selasa 16 Nov 2010 sekitar jam 4petang.  dan selamat di kebumikan pada malam nya pukul 10 malam.  Semoga rohnya di cucuri rahmat.  Kita sama2 sedekah kan Al Fatihah kepada beliau.

Besok kita jumpa lagi.
Wassalam/terima kaseh.

Friday, November 12, 2010

Salam pagi Jumaat yang barakah.

boleh la mak

Petang Jumaat yang membawa berkat.

Asslamualaikum/selamat sejahtera.
Pagi tadi tak sempat nak berceloteh panjang.  Ada banyak urusan nak di selesaikan.
Peatang ni agak santai sikit.  Kejap je dah Jumaat.  Cepat betul masa berlalu ye.  Hari bapa mertua saya yang
masih terlantar di ICU khabar nya tenat.  Saya menunggu suami saya balik dari kerja jam 5pm dan terus 
pegi ziarah beliau.
Nanti sekembalinya saya dari sana, saya akan bercerita lagi tentang keadaan nya di sini.

Sampai di sini dulu.
Besok ade umur kita berjumpa lagi.
Terima kasih kepada yang sudi menjengah ke blog saya.

Wassalam.

Khamis datang lagi.

Selamat pagi semua.  Apa khabar agaknye kawan2 di luar sana.  Ape khabar jugak agaknye bapa mertua saya
yg masih di ICU Hospital Seberang Jaya. Semoga beliau cepat semboh dari pelbagai penyakit yg di hidapnya.
Suami saya ada lah insan yg paling sedeh dgn keadaan ayahnya sekarang.  Kita hanya mampu berdoa saja di samping menziarahi beliau dan meniupkan semangat.  Kekuatan semangat adalah ubat yg paling mujarab.

Walau pun beliau tidak sedarkan diri, tapi kita masih boleh berbisik di telinganya memberi semangat.
Semoga kekuatan itu sampai kepadanya.

Ok sampai di sini dulu...Terima Kasih kepada kawan2 yang singgah di blog saya.
Wassalam.

Wednesday, November 10, 2010

Selamat Hari Rabu

Salam pagi rabu yang indah...awal sungguh pagi ni saya berbloger...apa khabar semua?  Sejuk sungguh pagi ni.
Saya bangun pagi dgn penuh bersemangat.  Mudah mudahan apa yang saya lakukan sepanjang hari ini akan di berkati Allah.  Hari ni masih nampak redup dan mendung.  Nak hujan lagi gamaknya.  Seperkara yang saya nak share di sini, bapa mertua saya sedang tenat di Hospital Seberang Jaya.  Semalam di masukkan ke wad ICU.  Sedeh juga mengenangkan beliau sedang berjuang melawan kesakitan.  Kita doakan semoga beliau cepat sembuh.
Ok.  Cukup dulu sampai di sini untuk sementara.  Ada masa saya akan kembali lagi di sini.
Wassalam.

Terima kasih kawan2.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  terima kasih kepada kawan2 yang melawat ke blog saya.  saya masih baru belajar menulis blog.  masih terkial kial mencari cerita yang menarik.  dan masih menyusun nyusun kata2 yang indah untuk di tatap.  walau apa pun saya, kawan2 tetap saya hargai.
ok sampai di sini dulu.  besok kita jumpa lagi dgn cerita yang lain pulak.

wassalam dan terima kasih.

Selamat Datang Ke Blog Saya...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Ini adalah kali pertama saya menulis dalam blog.  Hanya sekadar ingin berkongsi cerita dan pengalaman.
Sekarang musim hujan di kawasan utara.
Cukuplah hari ini kita bercerita sedikit mengenai hujan.
Jumpa lagi pada esoknya.  Wassalam dan terima kasih.