Sunday, November 28, 2010

Ahad Hari Untuk Berlibur. 28/11/2010.

Asslamualaikum.
Tazkirah pagi ini:  Sabda Rasullullah SAW "mahukah kamu, saya beritahu kan sesuatu tentang yang apabila kamu kerjakan kamu akan saling menyayangi?  Budayakan lah ucapan salam di antara kamu."

Hari ni Ahad ade majlis kenduri dan majlis tahlil di rumah ibu mertua saya.  Semoga majlis ini berjalan ngan lancar.  Majlis tahlil selepas zohor.  Masak gotong royong.  Tak pe la asal semua dapat meringankan tangan membantu.  Berkumpul adik beradik dan dapat mengeratkan lagi keakraban persaudaraan.

Banyak betul keje umah saya pagi ni.  Awal2 ni saya akan sudahkan semua nya.  Insyallah semua akan jadi baik2 sehingga berjumpa isnin.  Kita selalu mendoakan yg baik2 untuk kita dan keluarga juga kawan2.  Kelebihan kita adalah kerana dapat memohon doa kepada yang Esa.

Lupa pulak nak bertanya khabar kawan2 yang datang singgah ke blog saya.  Apa habar gaknye semua?  Zai, Lyn, Aeri n semuanye.  Harap2 semuanye hidup di dalam keberkatan Allah.  Dan juga hamba Allah dari Sg Petani...terima kaseh kerana menjengah ke blog saya.

Hanya di sini dulu.
Ada umo kita jumpa lagi.
Wassalam.

1 comment:

  1. morning mkcik!!!
    waa... terselit juga nama sy.. terharu nih..hehe.. menyinggah jap kat blog makcik nih nak komen pape yg patut..^-^

    k makcik.. luv u lah..

    ~lynn cute~ hakhakhak

    ReplyDelete