Monday, November 29, 2010

29/11/2010 isnin

assalamualaikum.
pejam celik pejam celik dah nak sampai ke penghujung tahun.  pantas sungguh masa berlalu.  rasa baru je semalam kita menyambut tahun baru 2010.  tapi hari dah 29/11/2010.  namun kita akur.  akur dgn ketentuan Allah.  dan kita masih berpegang bahawa Allah tahu ape yg terbaik untuk kita.  dan kita masih lagi berdoa dan berusaha ke arah kebaikkan.  jika kita nak kan kebaikkan dan melakukan sesuatu yg menjuruskan kita ke arah tu jugak maka Allah akan kabulkan doa kita.  hanya jika kita tidak berusaha saja maka tiada apa yg dapat membantu kita.  jgn asyik menadah saja tanpa berusaha. itu juga peringatan untuk diri saya juga.

ingat lah bahawa ubat yg paling mujarab ada lah semangat.  jika tiada semangat maka semua yg ada dlm diri kita akan lemah.  saya juga pernah jatuh dalam perniagaan.  dan rasa rendah diri yg teramat sgt.  nak berjumpa dgn org pun rasa takut dan malu.  takut org atau kwn2 akan bertanya tentang bisnes.  malu kalau kwn2 tahu yg saya mengalami kerugian dlm bisnes.  tapi tu semua sebelum saya menyedarai bahawa saya harus bangkit dan memulakan semula sesuatu yg baru dan lupakan kegagalan.  anggaplah kegagalan itu sebagai satu pengajaran.  sekali gagal tak semestinya akan gagal selama lamanya.

Allahdulillah sekarang saya sudah kembali beransur pulih berkat sokongan dari suami dan kwn2 yg memahami.
dan juga anak2 saya yg berada di samping saya beserta sorang anak sedara saya yg mahu jatuh bangun dgn saya.  sekarang saya bersyukur sgt.

Alhamdulillah Allah maha mendengar.  mendengar akan doa2 saya yg tak putus pada setiap hari.  memohon moga di keluarkan dari keperitan dan semasa berada dalam keperitan itu saya redha.  kerana saya tahu Allah sayang pada org2 yg redha.

amboi panjang pulak saya bercerita kali ini.
cukup2 lah untuk kali ini.
wassalam.
  

No comments:

Post a Comment