Thursday, December 2, 2010

2/12/2010 Khamis.

Assalamualaikum.
Dua hari line internet rosak so saya tak dapat berblog.  Apa khabar semua.  Moga semuanye sihat n bahagia selalu.  Saya baru saja mula membaca sebuah buku yg bertajuk KEKAYAAN ADA DI MANA hasil karya                                                                                                                
KIM WOO-CHOONG.  Beliau adalah seorang usahawan Korea.  Dalam  beberapa siri esei yang ringkas tetapi bernas, Kim Woo-Choong, pengerusi Kumpulan Daewoo berkongsi pengalaman hidupnya, pemikirannya dan rahsia kejayaannya dengan golongan muda.  Kim memberi nasihat mengenai berbagai-bagai perkara, bermula tentang persekolahan, memilih kerjaya, mengejar kemewahan, berusaha erada lebih setapak ke hadapan, hinggalah tentang perjalanan jauh, bagaimana memperolehi kawan serta menikmati kebahagiaan.  Beliau juga turut menyelitkan pemerhatian tajam yang diperolehinya daripada perjalanan serta urusan perniagaan tentang manusia serta perlakuan mereka dalam keadaan-keadaan yang berbeza.
Anekdot peribadinya mendedahkan perwatakkan beliua yang sebenar di sebalik kejayaan sebagai ahli perniagaan yang berjaya.

Kim Woo-Choong merupakan seorang yang amat luar biasa, walaupun di lahirkan dalam kemiskinan, beliau telah mengasaskan dan meminpin syarikatnya sendiri sehingga menjadi perusahaan yang benar-benar dapat menembusi seluruh pelusuk dunia.  Kejayaan merupakan hasil usahanya yang gigih, berdedikasi serta tekun untuk mencapai keunggulan tanpa mengenal penat lelah.

Jika anda semua berpeluang membaca buku ini, ianya amat bagus untuk membina semangat kita.  Kalau ada masa cari lah sebuah dan baca lah.

Ok lah sampai di sini dulu untuk hari ini.  Sebelum tu saya nak ucap terima kasih banyak2 pada saudara Azlan Lin yang sudi singgah ke blog saya dan juga Lyn serta Aeri.  Juga untuk kawan2 yang lain yang dah berkali-kali menjengah ke blog saya.

Wassallam.

No comments:

Post a Comment