Sunday, October 20, 2013

SELAMAT SUDAH AIDIL ADHA.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Lama sungguh tak update blog ni. Fuh!!! dah la tak update...blog yang dahulu jadi tempat terjah atau singgah pun langsung tak terterjah...rindunya nak mengintai blog kalian. Bagaimana dengan raya haji baru ni? 

Satu kejutan buat saya...
Kunjungan kawan merangkap adik yang walau dok dekat ja tapi dah lama tak berpeluang berjumpa. Hari ni kami dapat bertemu. Banyak cerita...banyak seloka.


Moga kita dapat berjumpa lagi ye.

Monday, August 27, 2012

SELAMAT SUDAH BERHARI RAYA









Salam Aidilfitri kepada semua.
Maaf Zahir Batin.
Berlalu lah sudah Ramadhan...tiba pulak Syawal. Hari ni dah 10 Syawal. Yang nak sambung dgn
puasa enam pun dah boleh raya dah.

Rasa sekejap sangat masa berlalu. Nanti kita tunggu Aidiladha pulak. Sekarang ni memang 
masa pantas beredar.

Sampai nanti kita jumpa lagi...

Saturday, August 18, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

Salam Aidilfitri.

Kejap je dah nak raya...sedeh nak lepas kan Ramadhan.
Untuk semua yang mengenali diri ini...Maaf Zahir Batin.

 

Sunday, July 29, 2012

PUDING KARAMEL JUGA JUADAH BERBUKA HARI NI.



Nah ni satu lagi juadah untuk hari ni. Ahad adalah hari cuti so mmg ade peluang la jengah ke 
dapur. So teringin nak makan puding karamel...sebelum ni ade makan kat Mon Rods kulim...
mak ai mahal giler.


So buat sendiri baru puas makan...





JUADAH BERBUKA HARI INI RESEPI DARI KJEE (DARI DAPUR KJEE)



Salam Ramadhan yang mulia. Ni la pertama kali seumur hidup asha try buat kueh
tepung pelita. Tu pun setelah baca blog Dari Dapur Kjee. Ambik resepi kat situ.
Nanti bila berbuka baru nak rasa sedap ke tidak.

Thursday, July 12, 2012

AMEER KE MSU SHAH ALAM 04 JUN 2012

Adoi lama betui tak update blog. Sibok memanjang. 04 Jun 2012 hantar 
anak sulung ke MSU Shah Alam. Untuk mendalami ilmu jurusan
Komputer Forensik. Semoga Allah permudahkan segalanya sehingga
menggenggam segulung Ijazah...












Semasa hantar Ameer aritu sempat jugak jumpa pertama kali dgn kawan
baik Ameer. Anak dara dari Kelantan - Farhah Amanina yg masih
study kat UITM Shah Alam.






Tudia di apit dua anak dara...yang kanan tu Nina dan yang kiri pakai
spek mata tu Zur Ain, kawan Nina. Tkasih Nina kerana sudi jumpa makcik...


Ok. Takat ni dulu untuk kali ni...
Ada umur boleh update lagi dan lagi.