Thursday, June 30, 2011

MASA DULU2

Ni pic masa pegi Telok Batik...tu Aiman masa kecik...hehehe sekarang dah anak teruna.

ANAK BUJANG SAYA MASA KECIK

Ni anak sulung saya masa kecik, dari kecik suka kucing sampai besar la ni pun suka kucing. Dan kami sekeluarga mmg suka kucing. Hanya bila saya ade kerjaya sendiri ni dah tak de masa nak layan karenah kucing so rasa malas nak bela kucing banyak2 kat rumah.

Friday, June 24, 2011

TAKZIAH KJEE

Takziah Kjee di atas pemergian Adik kesayangan Kjee. Sedih bila baca entry Kjee. Sebenarnye saya hari2 buka blog Kjee. Tak jemu membaca bahan2 yang banyak membantu saya. Tkasih Kjee kerana apa saja yang Kjee tulis mmg memberi sesuatu yang baru untuk saya. Bila saya tau Kjee suka kucing, saya pun rasa minat saya dan Kjee serupa. Saya pun suka kucing juga. dan bila membaca kisah duka Kjee saya pun terkedu kerana saya juga mempunyai kisah duka juga...so terasa ada persamaan dgn Kjee. Namun saya rasa dan nampak kehebatan Kjee. Rasanye Kjee telah lalui banyak perkara dalam kehidupan Kjee dan sekarang dah selesa. Saya sentiasa tertunggu2 entry baru Kjee setiap hari.Untuk Kjee saya mendoakan moga Kjee terus bejaya dlm ape jua yang Kjee usahakan. Aamiin.

Wednesday, June 22, 2011

ANAK BUJANG SAYA N KOKO

Ni anak sulung saya Ameer Qusyairi dgn Si Koko. Kucing jiran yang suka datang rumah saya dan lepak macam rumah dia sendiri. Pagi ni Koko siap naik atas meja makan dan cuba gigit plasti roti lagi. Nakal betul Koko ni. Memang nak kena rotan dah ni. lapar agaknya tapi makanan dia dah ada kat dalam magkok tu. Saja nak bagi saya marah dia lah tu. Geram betul ni.

Tuesday, June 21, 2011

TEMAN HUBBY MAKAN TOSEY KAT RIYAS

Semalam teman hubby makan tosey kat restoren Riyas kat Taman Pekak, Transkrian. Biasanya seminggu ada kot 3 kali kami berdua makan or minum kat situ. Saja lepak2 dan relax2. Sampai tokey Riyas tu dah kenal dah la kami. Dan dapat diskaun lagi. Baik ye tokey tu. Mudah mudahan makin bertambah maju kedai dia. Amin. 

Monday, June 20, 2011

POKOK PISANG DAH KELUAR BUAH

Ni rupa sikat pisang yang pertama. Nanti saya akan upload lagi bila sikat yang seterusnya mincul, sebelum ni sikatnye banyak hingga ke bawah perdunya. Kali ni kita tunggu, adakah akan labuh kebawah macam ibunya dulu. Saya akan upload di sini dari masa ke semasa.

POKOK DELIMA DAH BERBUNGA

Alhamdulillah pokok delima yang saya tanam sekian lama dah keluar bunga sulung. Moga akan ada kesinambungannya. Saya ingat dah tak mau berbunga dah. Sebab dah lama saya tanam dan saya baja. Tapi baru kali nampak keluar bunga. Nanti kita ikut perkembangan dia.

Thursday, June 16, 2011

RUMAH OH RUMAH

Kalau kita berada dlm umah idaman kita, kita akan rasa puas selesa dan happy je. Semua orang nak umah yang cantik, sejajar dgn ungkapan Rumahku Syurgaku. Dan saya dengan keadaan sekarang terasa boleh lah selesa dgn keadaan suasana yang ada.
Sekadar boleh lepas kan penat dan nak rehat2 kan minda serta santai2 bila penat mengadap keje setiapa hari. Seharian follow student forex dan masih lagi membaca bahan2 bacaan motivasi kadang mata pun penat. So bila berada dlam umah yang selesa dan nyaman maka jiwa pun rasa aman.

Saturday, June 11, 2011

POKOK PISANG DAH KELUAR JANTUNG.

Baru saya perasan pokok pisang depan umah saya dah kuar jantung. Pokok pisang ni kawan saya yang bagi benihnya dan dulu penah berbuah dah sekali, kira ni anak dia lah. Pisangnya tak boleh di makan dan hanya hiasan je. Buahnya nanti panjang sampai ke bawah. Nanti bila dah kuar buahnya saya akan letak pic nya di sini. Nama dia saya tak pasti.

Tuesday, June 7, 2011

MAKAN MALAM DGN HUBBY DI SINI

Makan kat sini pertama kali. Masakkan sedap, hubby makan soto ayam. Dan saya makan nasik tomato. Murah dan sedap. Minum air asam boi hanya RM1.00 saja. Boleh lah kalau nak satu hidangan yang sedap dan murah. Ada juga satay, westen food dan macam2 lagi lah. Char koi teaw udang lipan pun ada. Ramai betul yang datang makan tapi kita tak lah tunggu lama untuk dapat kan order. Satu je yang saya tercari2 tapi tak nampak pun. Saya cari kot ade kucing. Sebab biasanya kalau kat kedai makan selalu ade kucing berkeliaran. Tapi sekor pun tak ada.

Sunday, June 5, 2011

JUMPA FAIZ DI PLKN SRI IMPIAN RELAU PENANG.

Petang tadi saya pegi jumpa Faiz di PLKN Sri Impian Relau Penang. Ni kali petama jumpa Faiz, sebelum ni hanya sembang2 dlm FB aje. Hensem kan Faiz, walau umo baru 18 namun tapi keperibadiannye macam budak umo 22. Memang Faiz anak yang baik. Pandai bawa diri dan nampak kematangan nya. Saya bangga kenal dgn Faiz. Tapi agak terkilan sbb kat PLKN Sri Impian tu tak de gerai makan. Yang ade hanya penjual ice blended je. So pada mula nye saya mmg nak belanja Faiz makan tapi masuk je dlm tu tak de pulak gerai jual makanan. Saya pulak tak bawak buah tangan ape2 pun. Dok ingat nak belanja makan. Tak pe lah minggu depan saya pegi lagi bawak KFC ke. Tentu Faiz suka. Ok Faiz moga tabah menjalani kursus di situ dgn baik.

Saturday, June 4, 2011

SEPETANG DI PARIT BUNTAR

Sesaja bersiar2 dengan hubby kat Bandar Baru dan ambil pic kat sini untuk kenangan dan simpanan. Cantik jugak kat tepi sungai ni. Setelah penat isnin sampai jumaat trading forex maka sabtu ahad adalah masa untuk lepas kan penat. Pandangan di sini nyaman. Sejuk mata memandang.

HUJAN HARI NI

Pagi ni saya pegi jogging hanya sempat ambil pic ni je kat track jogging. Ramai betul hari ni yang datang jogging sbb hari ni kan cuti umum. So syok lah meriah gitu. Saya buat 10 pusingan besar dan 7 pusingan kecil dan kira makin betambah lah dari minggu lepas. Besok saya akan cuba tambah lagi ikut kemampuan saya. Hubby saya pun hari ni semangat je jogging. Petang ni hujan pulak kat tempat saya. Tapi tak pe sbb saya tak de aktiviti luar. Tengok lah minggu depan ke baru nak bersihkan pasu bunga.

Thursday, June 2, 2011

PETANQEU LAGI

Petang semalam saya menemani hubby saya berlatih Petanqeu di padang Petanqeu Penjara Jawi. Tu pertama kali masuk kawasan penjara tu. Seronok juga kat situ yang di kelilingi oleh kebun kelapa sawit dan bukit. Angin bukit yang sepoi2 bahasa. Dekat sejam setengah jugak lah saya di situ. Yang bertopi tu lah hubby saya. Dia hanya berlatih dgn staff2 penjara. Saya tengok dorang semua bersungguh2 lah main. Timbul jugak minat saya untuk mempelajari permainan ni. Mungkin satu hari saya boleh sama2 berlatih dgn staff wanita penjara.