Thursday, March 31, 2011

SESSI TUTORIAL ALOR STAR/KL/MELAKA

Assalamualaikum.
FxMega Resources akan mengadakan satu sessi kelas tutorial dari jam 2pm hingga 6pm bertempat di hotel terpilih di Alor Star/KL/Melaka dalam minggu ke 4 dalam bulan April ini.  Kelas adalah merangkumi sedikit berkenaan basic Forex dan juga Teknik Fx30.  Sesiapa yang berminat boleh lah layari forextigapuluh.webs.com untuk keterangan lebih lanjut.  Yuran adalah serendah 550RM sahaja.  Jika berminat boleh lah daftar segera kerana kelas hanya untuk 10 orang sahaja.


Sekian terima kasih.
Wassalam.

Monday, March 28, 2011

HAMSTER OH HAMSTER

Assalamualikum.
Baru2 ni hamster yg di bela oleh anak sulung saya beranak 13 ekor dari 3 ekor ibu.  Banyak nye baby.  Sekarang suma dah berusia lebih dari sebulam.  Seronok jugak tengok perangai semua hamster2 tu.  Terhibur jugak hati.  Bila letih mengadap laptop semasa trading forex...dapat juga tinjau2 sangkar hamster dan tengok gelagat nye.  


Mula beli sepasang saja.  Dah beranak dan beranak dah jadi banyak ekor.  Dah dekat 30 ekor.  Bila malam2 bising nye bukan main lagi.  Yang naik buaian.  



Sunday, March 27, 2011

TERIMA KASIH SEMUA

Assalamualaikum.
Terima kasih kepada semua warga yang singgah ke sini.  Kadang2 saya sampai tak cukup masa nak menulis di sini.  Sejak ramai student Forex yang attend kelas Forex saya,  seakan tak cukup masa untuk diluangkan di sini.  Seperti biasa saya akan mengajar Forex melalui on9 seawal 0800am hinggalah 1200 mlm.  Trade live bersama2 student melalui on9.  Seronok bila saya sama2 take profit dgn student.  Setiap hari isnin hingga jumaat saya sentiasa bersama2 student saya di on9. 


Terima juga kepada bakal2 student yang akan menghadiri sessi tutorial saya.  Ayuh kita bersama2 mengorak langkah menuju kejayaan.  Jika kita yakin dan mempunyai semangat yg tinggi maka kita akan menghampiri kejayaan.  Insyallah.  Dari hari ke hari makin ramai warga Melayu yang tampil untuk memasuki dunia Forex yang agak masih baru dalam masyarakat kita.  


Kepada student2 saya...syabas kerana cekal/disiplin/tanah/sabar/tekun dalam mengharungi dunia Forex yang begitu banyak kekayaan di dalam nya.
Sampai di sini dulu untuk kali ini.


Wassalam.

Friday, March 18, 2011

MINAT FOREX?

Asalamualaikum.
Kepada sesiapa yang berminat nak menuntut ilmu forex boleh singgah di forextigapuluh.webs.com


Wassalam.

Thursday, March 10, 2011

MACAM2 RAGAM MANUSIA.

Assalamualaikum.
Berjumpa lagi kita.  Petama nak ucap terima kasih pada kwn2 yg sudi menjengah ke blog ni.  Hari ni mendung je.  Macam nak hujan tapi tak hujan pun.  Tapi kita bukan nak bercerita bab hujan.  Hanya  nak bersembang berkenaan hal2 yang sering kita temui dlm kehidupan kita.  Adakala kita terjumpa jenis manusia yang selalu memandang nagetif pada org lain.  Suka menilai kulit sari isi.  Rasa nye jika kita ada sikap macam tu mmg kita payah la nak berjaya.  Dan juga kepada yang suka memberi alasan itu ini, mmg sukar bertemu kejayaan jika ade sikap begitu dalam diri kita.


Ada juga pantang ditegur,  dah termalu bila kita tegur kesalahan dia,  maka dia pun mencari kesalahan kita.  Nampak sangat dia tu tak matang.  Kadang org jenis ni mmg susah nak melangkah jauh ke depan.


Banyak sangat saya melalut hari ni.
Berhenti di sini dulu.  Kepada student2 ku...terus kan usaha menutip pips lagi dan lagi...
Wassalam.
  



Wednesday, March 9, 2011

SYABAS STUDENT KU

Assalamualaikum.
Betapa bangga nye saya hari ni dengan pencapaian student saya dlm memorex.  Hijau je di acc history dia.  Apalah yang lebih membangga kan pada diri sorang Guru selain dari pencapaian cemerlang student2 nye.  Apa yang di ajarkan di ambil perhatian dan tekun meneliti juga menjaga disiplin semasa trading.

Huh lega rasa dlm diri.  Dan bersyukur teramat pada yang Maha Esa.  Kejayaan dia moga dapat membakar semangat student2 baru yang lain.  Moga saya dapat melahirkan jutawan dalam waktu terdekat ini.  Insyallah.

Ok saya masih tugas yang belum selesai.  Justru itu.  Kita berhenti di sini dulu.
Wassalam.

Tuesday, March 8, 2011

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA

Assalamualaikum semua.  Dah beberapa hari saya tak menulis di sini...04/03/2011 adalah hari lahir anak sulung saya Ameer Qusyairi Shamsuri.  Hari tu jugak satu kejadian sedeh menimpa dia sekitar jam 1100 pagi bila laptop kesayangannye di curi org.  Hanya beberapa minit saja dia tinggalkan di dalm biliknye di pusat pengajiannye...bila dia kembalik dan mendapati laptop dah tiada.  Huh betapa sedehnye dia sbb semua keje2 yang dah dia siapkan ade dlm tu untuk di hantar pada pensyarahnye pada minggu berikutnye.  Saya pun menenangkan dia dlm talian.  Di samping tu saya terus buat solat hajat.


Alhamdulillah malam tu jugak dia dapat semula laptop tu.  Selepas ni dia akan ingat betapa sukarnye semasa melalui saat2 kesedihan seumpama itu.  Dan semoga dia akan ingat bahawa jika kita lalai ape2 saja boleh terjadi.  


Hari ini adalah Hari Wanita sedunia.  
Terasa bangga kerana di berikan pengiktirafan kepada semua wanita.  Dan saya mmg bangga di lahirkan sebagai seorang wanita.  Menjadi ibu dan isteri.  


Dan kita semua kena tunjukkan bahawa tangan yang menghayun buaian mampu menggegarkan dunia dgn kejayaan kaum kita.  Takat ini saya jugak semakin tabah dan cekal menghadapi ape jua yg datang.  Saya kena bangkit demi anak2 dan demi untuk mengubah keadaan kehidupan kepada yang lebih baik.


Jika saya telah tiada sesiapa lagi di samping saya, saya kena pastikan yang saya boleh laku kan sendiri.  Tanpa mengharapkan org lain.  Saya kena yakin bahawa saya mampu buat.  Saya tak mahu
lemahkan diri saya dan hanya mengharapkan suami atau anak2 mendokong saya.


Rasanye sampai di sini dulu.
Wassalam.

Thursday, March 3, 2011

JANGAN SEMAKKAN MINDA

Assalamualaikum.
Jika kita terpaksa pikir kan sesuatu masalah yang tiada penghujungnye.  Kita berbalik pada kekuasaan Allah.  Bentangkan sejadah dan lakukan solat hajat 12 rakaat 6 salam.  Mohon dengan penoh keyakinan bahawa Allah akan makbulkan permintaan kita.  Itu kelebihan kita org2 islam yang boleh memohon pada Allah.

Hanya pada DIA tempat kita mengadu.  Dia tahu yang terbaik untuk kita.  Jika kita tiada arah nak cari di mana punca simpulan tali yang mengikat atau menjerut ketat minda kita, nah...pada Allah kita mohon petunjuk.

Peringatan ini untuk diri sendiri juga untuk di kongsi bersama.

Wassalam.

Tuesday, March 1, 2011

SELEPAS BERUSAHA BERTAWAKAL LAH.

Assalamualaikum.
Bertemu lagi kita hari ini.  Hari ni hari lahir saya yg ke 45.  Dah tua dah rupanye.  Alhamdulillah Allah izinkan saya melihat keindahan alam ini dan menghirup udara segar di bumi Allah.  Terima kasih kwpada kawan2 yg beri ucapan selamat.  Saya amat hargai.

Selama beberapa bulan ni saya begitu sibuk mengatur diri ke arah kecemerlangan.  Membuang kebiasaan yang tidak mendatangkan keuntungan.  Memberi perhatian kepada perkara2 yang boleh mengarahkan kepada kejayaan.  Saya berusaha dan berdoa dan selebihnya saya bertawakal kepada Allah.  

Setakat ini ape saja yang telah saya usaha kan telah membuahkan kejayaan walau pun belum besar.  Namun saya bersyukur dan berterimakasih kepada sesiapa saja yang terlibat.  Saya berpuas hati dgn pencapaian saya.  Dan saya rasa telah sedia untuk terus ke hadapan.  Saya tidak mahu menoleh lagi ke belakang.

Terima kasih kepada yang telah memberi sokongan.
Sampai di sini dulu.
Wassallam.