Sunday, December 5, 2010

salam dan selamat berhari minggu

kita bersua lagi.
syukur kerana Allah panjangkan umo kita dan dapat menyedut udara bersih pada hari ini.  apa khabar semua.  moga semua di berkati Allah dan di permudahkan segala urusan.

walau pun hari minggu tapi saya tak jemu-jemu mencuba sesuatu yang baru.  mencari resepi masakkan dan mencuba dan juga mencari idea untuk menambah pendapatan.  saya akan terus mencari dan mencari selagi ade kesempatan.  walau pun umo dah semakin betambah tapi saya tak boleh duduk diam tanpa membuat sesuatu yang boleh menambah pendapatan.

kalau kita rajin usaha kita tak akan rugi.  yang rugi nye kalau asyik bercakap je nak belajar sesuatu tapi masih tidak berusaha.  itu yang tak boleh tu.  niat dan di susuli dgn perbuatan.  niat saja tanpa usaha tak akan mendatangkan ape2 keuntungan.

terima kaseh juga saya ucakkan pada kawan2 yang sudi menjengah ke blog saya.
wassalam

Friday, December 3, 2010

Jumaat yang barakah.

Asslamualaikum.
kat sini saya nak kongsikan sedikit dari petikkan dari buku KIM WOO-CHOONG yang telah saya baca.   Ada banyak benda yang berharga di dunia ini, harta, hakmilik, pekerjaan dan lain2 lagi.  Tetapi masalah yang paling berharga ialah masa.  Sama seperti sebilah anak panah yang di lepaskan dari busarnya, ia tidak akan berpatah balik.  Masa ialah sesuatu yang tidak boleh anda tahan dan mustahil untuk di lalui semula.

Itu adalah sedikit petikkan dari buku tersebut.
Tak pe besok kita sambung lagi.

Terima kaseh lah kepada yg datang menjengok blog saya nih.
Wassalam.

Thursday, December 2, 2010

2/12/2010 Khamis.

Assalamualaikum.
Dua hari line internet rosak so saya tak dapat berblog.  Apa khabar semua.  Moga semuanye sihat n bahagia selalu.  Saya baru saja mula membaca sebuah buku yg bertajuk KEKAYAAN ADA DI MANA hasil karya                                                                                                                
KIM WOO-CHOONG.  Beliau adalah seorang usahawan Korea.  Dalam  beberapa siri esei yang ringkas tetapi bernas, Kim Woo-Choong, pengerusi Kumpulan Daewoo berkongsi pengalaman hidupnya, pemikirannya dan rahsia kejayaannya dengan golongan muda.  Kim memberi nasihat mengenai berbagai-bagai perkara, bermula tentang persekolahan, memilih kerjaya, mengejar kemewahan, berusaha erada lebih setapak ke hadapan, hinggalah tentang perjalanan jauh, bagaimana memperolehi kawan serta menikmati kebahagiaan.  Beliau juga turut menyelitkan pemerhatian tajam yang diperolehinya daripada perjalanan serta urusan perniagaan tentang manusia serta perlakuan mereka dalam keadaan-keadaan yang berbeza.
Anekdot peribadinya mendedahkan perwatakkan beliua yang sebenar di sebalik kejayaan sebagai ahli perniagaan yang berjaya.

Kim Woo-Choong merupakan seorang yang amat luar biasa, walaupun di lahirkan dalam kemiskinan, beliau telah mengasaskan dan meminpin syarikatnya sendiri sehingga menjadi perusahaan yang benar-benar dapat menembusi seluruh pelusuk dunia.  Kejayaan merupakan hasil usahanya yang gigih, berdedikasi serta tekun untuk mencapai keunggulan tanpa mengenal penat lelah.

Jika anda semua berpeluang membaca buku ini, ianya amat bagus untuk membina semangat kita.  Kalau ada masa cari lah sebuah dan baca lah.

Ok lah sampai di sini dulu untuk hari ini.  Sebelum tu saya nak ucap terima kasih banyak2 pada saudara Azlan Lin yang sudi singgah ke blog saya dan juga Lyn serta Aeri.  Juga untuk kawan2 yang lain yang dah berkali-kali menjengah ke blog saya.

Wassallam.